Ciri
utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan, juga
pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia. Islam
tidak sekadar membataskan dirinya untuk
membina ketinggian kerohanian dan akhlaq semata-mata. Ruang lingkup peraturan
yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan insan. la hendak
melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri perseorangan malah ketertiban
hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola-pola yang sihat dan bersih
sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk kenyataan di atas muka ini.
Dengan demikian
keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana samudera.
keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana samudera.
Cara
hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia
merupakan konsep istimewa tentang kedudukan insan dalam alam semesta ini.
Itulah sebabnya mengapa perlunya kita memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami
(konsepsi hidup menurut ajaran Islam) sebelum kita menangani atau membincangkan
persoalan ini, masyarakat, politik dan ekonomi dari kacamata Islam.
Langkah
permulaan menuju perbincangan persoalan-persoalan yang disebutkan
di atas harus dimulai dengan memahami dan menghargai beberapa kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
Qa'idah-Qa’idah Dasar
di atas harus dimulai dengan memahami dan menghargai beberapa kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
Qa'idah-Qa’idah Dasar
Allah
Rabul 'Alamin - Dialah Pencipta. Penguasa dan Pemilik alam semesta, mencipta
manusia dan menyediakan baginya tempat tinggal sementara di suatu tempat dari
alam jagatnya yang luas yang dikenali sebagai bumi. Dia telah mengurniakan
kepada manusia alat-alat berfikir dan memahami serta telah mengurniakan
kemampuan membezakan antara yang Haq dengan yang Bathil. Manusia juga telah
diberikan kebebasan dengan daya ikhtiar dan hak memilih malah ia juga diberikan
kuasa untuk menggunakan sumber-sumber alam
mengikut cara yang disukainya. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa manusia telah diberikan satu kuasa autonomi di samping tugas kekhalifahan yang telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepadanya (untuk menjaga dan memelihara muka bumi ini). Sebelum mengamanahkan tugas kekhalifahan di atas muka bumi ini kepada manusia, Allah Subhanahu Wata'ala telah menjelaskan kepada manusia bahawa Dialah satu-satunya Pemilik, Penguasa dan Tuhan kepada alam ini. Dengan demikian seluruh isi alam dan segala ciptaan di dalamnya (termasuk manusia) wajib tunduk patuh hanya kepada Dia sahaja. Manusia mestilah tidak memikirkan bahawa dirinya bebas tanpa sebarang peraturan dan dia sepatutnya
tahu bahawa tempatnya di atas muka bumi ini bukanlah tempat yang kekal abadi baginya. Ia ditetapkan untuk tinggal di atas muka bumi hanya bagi suatu tempoh percubaan yang telah ditetapkan, dan kelak bila tepat tiba pada masanya ia dikembalikan kepada Pemiliknya untuk diadili sesuai dengan cara mana ia telah melaksanakan amanahnya dalam jangka waktu percubaan yang telah di alaminya.

Semoga kita termasuk orang yang mempunyai konsep hidup Islam yang seperti itu. Aamiin
Dilain waktu saya akan mencoba meneruskan pembahasan ini. Dan mengupload kitab tersebut. Semoga bermanfaat buat semuanya.
Allahua'lam
0 comments :
Post a Comment